GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka berusia di antara 34 hingga 77 tahun ditahan dalam serbuan menerusi Op Dadu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut .
Soffian berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang itu polis merampas peralatan yang digunakan untuk bermain judi jenis belangkas selain wang tunai berjumlah RM30,316 daripada kumpulan berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta seorang wanita warga asing.
“Salah seorang suspek yang ditahan merupakan penganjur bagi aktiviti perjudian terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Soffian berkata, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah serta dadah.
Beliau berkata, semakan yang dibuat juga mendapati wanita warga asing yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Kita dapati mereka ini baharu sahaja menjalankan aktiviti perjudian terbabit selama satu hari di premis itu,” jelasnya.
Tambah beliau, kesemua yang ditangkap kini direman selama dua hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala perempuan warga asing disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Aug 24 2022
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin. - Foto ihsan polis
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Kaki judi lari bertempiaran 'port' dalam ladang kelapa sawit diserbu
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menahan 15 lelaki dan lima wanita dan merampas wang tunai RM28,624.
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Terbongkar! Depannya bengkel, belakangnya pula 'kasino mini'
Berselindung di sebalik bengkel mengecat kenderaan namun sebaik memasuki di belakang terdapat 'kasino mini' yang menjalankan kegiatan perjudian.
Penjawat awam antara 30 kaki judi ditahan polis Kedah
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri selepas menyedari lubuk mereka bermain judi diserbu polis.
Kemaruk judi... kebun getah jadi lokasi lepas gian
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, kesemua mereka mempunyai rekod jenayah.
Polis serbu 'kelang sabung', cekup 47 kaki judi
23 daripada 47 kaki judi yang dicekup dalam serbuan terbaru di situ pada petang Sabtu, didapati pernah didakwa di mahkamah sebelum ini.
Markas kaki judi di ladang kelapa sawit diserbu
Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian yang menjadikan ladang kelapa sawit sebagai markas bagi mengelak dari dikesan pihak berkuasa.